Sehari selepas dicucuk ubat, Mak tak mampu bangun berdiri. Dunia terasa seakan berputar mengelilingi matahari melebihi had laju yang ditetapkan.
Maka tinggallah Abang berseorangan membawa haluan sendiri.
Azan maghrib berkumandang. Mak mengumpul kudrat untuk bangkit. “Anak belum makan lagi.” getus hati kecil Mak.
“Mak, Abang dah mandi, dah makan roti. Abang nak solat sekejap ye.” Abang menyapa dari atas sejadah. Kopiah pemberian Atok dari Mekah menutup rambutnya yang masih ada air menitis.
“Mak jangan risau. Abang dah besar.” Abang menyambung lagi setelah melihat Mak masih tercegat dimuka pintu bilik.
Tiba-tiba habuk beterbangan menerjah ke biji mata Mak.

#abangadik