AbangAdik · Bebel Mak

Doa belum makbul

“Mak, tadi kat sekolah cikgu kate orang dah kawen ada anak.”
Abang yang baru sudah makan datang menghampiri Mak. Adalah benda dia nak tanya ni.

“Kenapa Abah dengan Mak takde anak pun? Ni perut Mak ada taik je, takde baby.”
Abang meletakkan tangan dan pandangan pada perut Mak. Kau ni tak habis-habis dari semalam mengata perut Mak ye.

“Tuhan tak bagi lagi.” Mak yang sedang fokus mengarang kisah cinta tragis hanya mampu memberikan jawapan pendek.

“Eh? Kenapa Tuhan tak bagi. Mak kate kalau kita doa Tuhan bagi. Mak tak doa ke?” Abang sepertinya tak puas hati dengan jawapan Mak.

Mak berhenti menaip. Beralih berpandangan dengan Abang.
“Mak doa. Kalau Tuhan nak bagi, nanti-nanti Dia bagi la. Kalau Dia tak bagi, mesti ada sebab.”

“Oooooooo… Macam Mak tak bagi Abang makan jajan banyak-banyak nanti semput?”

“Haaa… Pandai pun.” Mak mengusap rambut Abang. Segaris senyuman bangga terlihat diwajah Abang. Bangga la tu orang puji.

“Iyelah kan. Kalau Abah dengan Mak ada anak, sape nak jaga Abang dengan Adik. Mak mesti jaga baby Mak je.” Sepotong ayat keluar dari mulut Abang.

Dan Mak pun pura-pura tak dengar.

#bebelemak

#AbangAdik


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s