Dapur Kak Nonie · Resepi

Resepi: Ayam Percik Mudah

Dah lama teringin nak makan ayam percik. Susah betul nak jumpa masa sekarang ni. Biasanya ayam percik banyak dijual di pasar malam. Sekarang semua pasar malam tidak dibenarkan beroperasi.

Memandangkan sekarang rakyat Malaysia sedang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua yang bermula 1 April sehingga 14 April 2020. Fasa pertama telah bermula pada 18 Mac 2020 setelah beratus jangkitan dikesan.

Bersamalah kita berdoa agar wabak COVID-19 ini segera berakhir dan semua yang telah dijangkiti bakal sembuh. Untuk mengelakkan jangkitan pula, kita perlu mengamalkan jarak sosial 1 meter, kerap membasuh tangan dengan sabun selama 20saat dan jika perlu, gunakan hand sanitizer yang mengandungi 60% hingga 95% alkohol.

Bagi yang bergejala pula, segera dapatkan rawatan dan pemeriksaan di pusat saringan berdekatan dan sentiasa pakai penutup atau openg muka supaya tidak tersebar kepada orang lain. Panjang pulak pesanan akak ni. Tajuknya tadi nak bagi resepi ayam percik.

Dulu selalu makan ayam dan ikan percik masa belajar dekat UMT. Paling suka dekat kedai tepi longkang berdekatan dengan Taman Masamah. Dapat dengan nasi panas, sambal belacan, telur masin ditemani ulam-ulaman sikit. Fuh! Senyum sampai malam.

Okay tak mau letior panjang. Meh akak bagi resepi AYAM PERCIK versi kak nonie.

 

BAHAN-BAHAN

1/2 ekor ayam

7 tangkai cili kering (lebihkan kalau suka pedas)

5 ulas bawang putih

1 biji bawang besar saiz sederhana

1 batang serai

2 hiris lengkuas

1 inci halia

1 inci kunyit hidup (boleh ganti dengan sesudu serbuk kunyit)

2 sudu sos cili

1/2 cawan santan

garam, gula merah secukup rasa

 

Bahannya mudah je, selalunya ada kat dapur kan. Nak buat lagi senang. Ikut je langkah dibawah ye.

  • Kisar semua bahan kecuali ayam. Jangan kisar ayam sekali pulak. mengamuk mak kau nanti.
  • Ambil sikit bahan kisar lumurkan pada ayam. Perap dalam 45 minit. Lebih pun takpe. Lagi sedap.
  • Panaskan bahan kisar tadi sampai mendidih. masukkan ayam yang dah di perap tadi.

  • Ayam dah separuh masak, bolehla dikeluarkan dan dibakar dalam oven, pemanggang ajaib, grill pan atau yang paling sedap pemanggang arang. Akak bakar dalam oven je sebab boleh buat kerja lain sambil tu. Bijak kan akak? kahkahkah.
  • Bahan kisar tadi sambunglah masak sampai dapat kepekatan yang di ingini. Lebih kurang macam kuah kacang makan dengan sate tu. Toksah pekat sangat tak meleleh nanti.

  • Ayam dah masak bolehlah dihidang dalam pinggan cantik-cantik untuk laki kau. Barulah kembang-kempis hidung dia bau ayam percik kau. Tuangkan kuah tadi atas ayam bagi nampak menyelerakan dan ayam kau pun juicy gituuuu.

Selalunya akak akan rebus telur masin, dan buat sambal belacan untuk makan dengan nasi dan ayam percik tadi. Lepas makan bolehlah hidu-hidu tangan untuk menikmati bau yang melekat. Kau tak payah geli sangat! Macam tak pernah buat.

Senang je kan. Makan pun tambah 3 kali baru puas hati tau tak.

Esok boleh la beli ayam, dah buat jangan lupa share resepi dengan orang lain. Butang SHARE ade bawah ni.

Selamat Mencuba!

Assalam

#dapurkaknonie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s