AbangAdik · Bebel Mak

Penjarakkan Sosial

“Mak, kenapa raya ni kite kena ada penjarakkan sosial 1 meter?”
Dah mula sesi soal jawab di hari raya.
.
“Supaya virus tu tak sampai dekat kite. Mana kite tau orang tu sakit ataupun tak.” Mak jawab pendek cukup. Lagi panjang Mak jawab, makin rumit soalan nanti.
.
“1 meter tu panjang mana Mak?” Abang kembali mengajukan soalan. Jari telunjuk dan ibu jari diletakkan di bawah dagu sambil berpeluk tubuh. Matanya merenung ke atas persis belalang yang mencari helah bapak pergi makan kenduri.
.
“1 meter tu lebih kurang sorang duduk hujung sofa sini, sorang duduk hujung sana.” Mak memberikan analogi mudah.
.
“Ooooooo….” Panjang muncungnya sambil mengangguk tanda faham.
“Kelakarla raya tahun ni. Macam orang bergaduh berebut kuih raya yang tinggal satu…” lalu beliau pun berlalu pergi meneruskan aktiviti harian.
.
Sebelum ni Mak rasa raya ni sayu. Setelah mendengar pendapat Abang, Mak pun rasa kelakar.
.
Mak mudah dihiburkan.

#abangadik


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s