Bebel Mak

A Start

Hari ini berjaya siapkan hidroponik untuk kangkung dan pak choy.

Penjarakkan Sosial

“Mak, kenapa raya ni kite kena ada penjarakkan sosial 1 meter?”
Dah mula sesi soal jawab di hari raya.
“Supaya virus tu tak sampai dekat kite. Mana kite tau orang tu sakit ataupun tak.” Mak jawab pendek cukup. Lagi panjang Mak jawab, makin rumit soalan nanti.

Kerana Syurga Bukan Percuma

“Best sekolah hari ni?” Mak memulakan soalan cliché semasa menaiki lif ke tingkat sembilan.
“Best. Tapi kawan Abang tadi marah-marah.” Jawapan Abang bernada sendu. Aduan pun bermula.
“Dia nak pinjam glue Abang. Tapi Abang dah kemas dah semua barang nak balik. Abang cakapla tak boleh. Mak pesan nak balik kena simpan semua barang. Lepas tu dia marah. Dia cakap Abang tak boleh masuk syurga. ” Panjang juga kisahnya. Sempatlah sampai tingkat sembilan.

Doa belum makbul

“Mak, tadi kat sekolah cikgu kate orang dah kawen ada anak.”
Abang yang baru sudah makan datang menghampiri Mak. Adalah benda dia nak tanya ni. “Kenapa Abah dengan Mak takde anak pun? Ni perut Mak ada taik je, takde baby.”
Abang meletakkan tangan dan pandangan pada perut Mak. Kau ni tak habis-habis dari semalam mengata perut Mak ye.

Abang dah besar…

Abang jaga diri tau. Mak tak sihat tu.” Pesan Abah sebelum keluar mencari sesuap sushi.
Sehari selepas dicucuk ubat, Mak tak mampu bangun berdiri. Dunia terasa seakan berputar mengelilingi matahari melebihi had laju yang ditetapkan.
Maka tinggallah Abang berseorangan membawa haluan sendiri.

Azan maghrib berkumandang. Mak mengumpul kudrat untuk bangkit. “Anak belum makan lagi.” getus hati kecil Mak.

Waris

“Betul awak nak kahwin dengan saya?” “Ye betul.” nampak berpeluh sambil menjawab. Panik gamaknya. Kahkahkah. “Awak kena sediakan mental. Mungkin kita tak ada anak. Kalau awak rasa boleh, hantarlah cincin. Kalau awak rasa waris tu penting untuk awak, saya bukan pilihan yang sesuai. Just let me know, I’m ok with that.” Berpijak dibumi yang nyata.… Continue reading Waris

Pertama kali

“Awak boleh naik Mrt? Patut dah kena buat blood transfusion ni tau. “Tak pasti lah ayat dari Puan Doktor ini pelik atau marah. “Oh yeke. Patutla saya pening-pening asyik rasa nak tidur je Doktor. Lepas tu kan saya lapar je. Memang macam ni ye?” penuh perasaan ingin tahu menanti jawapan. “Normalnya kalau macam awak ni,… Continue reading Pertama kali

Perasaan

“Dia tak boleh sikit pun stress. Perasaan isteri kena jaga.” pesan tuan doktor kepada encik suami. Terpedip-pedip mata memandang tuan doktor. Alahai kesiannya memikirkan abam yang terpaksa menempuh bermacam ragam emosi yang bakal melanda. “Awak jangan stress, sedih. Kena happy selalu. Lagi awak stress lagi dia besar. Benda ni jahat. Dia makan zat awak. Darah… Continue reading Perasaan

Peminat

“Menulis boleh buat ayang rasa happy?” soalan cepu cemas diajukan.
“A’ah.” ringkas jawapan diberi