AbangAdik · Bebel Mak

Kerana Syurga Bukan Percuma

"Best sekolah hari ni?" Mak memulakan soalan cliché semasa menaiki lif ke tingkat sembilan. "Best. Tapi kawan Abang tadi marah-marah." Jawapan Abang bernada sendu. Aduan pun bermula. "Dia nak pinjam glue Abang. Tapi Abang dah kemas dah semua barang nak balik. Abang cakapla tak boleh. Mak pesan nak balik kena simpan semua barang. Lepas tu dia marah. Dia cakap Abang tak boleh masuk syurga. " Panjang juga kisahnya. Sempatlah sampai tingkat sembilan.

AbangAdik · Bebel Mak · Journey of Hysterectomy

Abang dah besar…

Abang jaga diri tau. Mak tak sihat tu." Pesan Abah sebelum keluar mencari sesuap sushi. Sehari selepas dicucuk ubat, Mak tak mampu bangun berdiri. Dunia terasa seakan berputar mengelilingi matahari melebihi had laju yang ditetapkan. Maka tinggallah Abang berseorangan membawa haluan sendiri. Azan maghrib berkumandang. Mak mengumpul kudrat untuk bangkit. "Anak belum makan lagi." getus hati kecil Mak.