Abang jaga diri tau. Mak tak sihat tu." Pesan Abah sebelum keluar mencari sesuap sushi. Sehari selepas dicucuk ubat, Mak tak mampu bangun berdiri. Dunia terasa seakan berputar mengelilingi matahari melebihi had laju yang ditetapkan. Maka tinggallah Abang berseorangan membawa haluan sendiri. Azan maghrib berkumandang. Mak mengumpul kudrat untuk bangkit. "Anak belum makan lagi." getus hati kecil Mak.
Category: Journey of Hysterectomy
Waris
"Betul awak nak kahwin dengan saya?" "Ye betul." nampak berpeluh sambil menjawab. Panik gamaknya. Kahkahkah. "Awak kena sediakan mental. Mungkin kita tak ada anak. Kalau awak rasa boleh, hantarlah cincin. Kalau awak rasa waris tu penting untuk awak, saya bukan pilihan yang sesuai. Just let me know, I'm ok with that." Berpijak dibumi yang nyata.… Continue reading Waris
Pertama kali
"Awak boleh naik Mrt? Patut dah kena buat blood transfusion ni tau. "Tak pasti lah ayat dari Puan Doktor ini pelik atau marah. "Oh yeke. Patutla saya pening-pening asyik rasa nak tidur je Doktor. Lepas tu kan saya lapar je. Memang macam ni ye?" penuh perasaan ingin tahu menanti jawapan. "Normalnya kalau macam awak ni,… Continue reading Pertama kali
Perasaan
"Dia tak boleh sikit pun stress. Perasaan isteri kena jaga." pesan tuan doktor kepada encik suami. Terpedip-pedip mata memandang tuan doktor. Alahai kesiannya memikirkan abam yang terpaksa menempuh bermacam ragam emosi yang bakal melanda. "Awak jangan stress, sedih. Kena happy selalu. Lagi awak stress lagi dia besar. Benda ni jahat. Dia makan zat awak. Darah… Continue reading Perasaan
Peminat
"Menulis boleh buat ayang rasa happy?" soalan cepu cemas diajukan. "A'ah." ringkas jawapan diberi