"Best sekolah hari ni?" Mak memulakan soalan cliché semasa menaiki lif ke tingkat sembilan. "Best. Tapi kawan Abang tadi marah-marah." Jawapan Abang bernada sendu. Aduan pun bermula. "Dia nak pinjam glue Abang. Tapi Abang dah kemas dah semua barang nak balik. Abang cakapla tak boleh. Mak pesan nak balik kena simpan semua barang. Lepas tu dia marah. Dia cakap Abang tak boleh masuk syurga. " Panjang juga kisahnya. Sempatlah sampai tingkat sembilan.
Doa belum makbul
"Mak, tadi kat sekolah cikgu kate orang dah kawen ada anak." Abang yang baru sudah makan datang menghampiri Mak. Adalah benda dia nak tanya ni. "Kenapa Abah dengan Mak takde anak pun? Ni perut Mak ada taik je, takde baby." Abang meletakkan tangan dan pandangan pada perut Mak. Kau ni tak habis-habis dari semalam mengata perut Mak ye.
Abang dah besar…
Abang jaga diri tau. Mak tak sihat tu." Pesan Abah sebelum keluar mencari sesuap sushi. Sehari selepas dicucuk ubat, Mak tak mampu bangun berdiri. Dunia terasa seakan berputar mengelilingi matahari melebihi had laju yang ditetapkan. Maka tinggallah Abang berseorangan membawa haluan sendiri. Azan maghrib berkumandang. Mak mengumpul kudrat untuk bangkit. "Anak belum makan lagi." getus hati kecil Mak.
Panas
PANAS! Dalam aircond pun peluh serupa lepas berkebun. Maka bertabahlah maknanya kelenjar peluh kau masih berfungsi. Masih perlu syukur. Sekurang-kurangnya abam masih boleh tidur lena. Tak seperti beberapa hari lepas... "Badan ayang panas ni. Kaki sejuk." Tangannya masih memicit tapak kaki yang hampir beku. Kain tuala kecil dibasahkan lalu dilap seluruh kaki dan badan sebelum… Continue reading Panas
Waris
"Betul awak nak kahwin dengan saya?" "Ye betul." nampak berpeluh sambil menjawab. Panik gamaknya. Kahkahkah. "Awak kena sediakan mental. Mungkin kita tak ada anak. Kalau awak rasa boleh, hantarlah cincin. Kalau awak rasa waris tu penting untuk awak, saya bukan pilihan yang sesuai. Just let me know, I'm ok with that." Berpijak dibumi yang nyata.… Continue reading Waris